Tuesday, April 04, 2017

Jenjalan ke Krabi Thailand

Assalamualaikum

Salam buat kawan2. Harap semuanya sihat. Lebih sebulan tinggalkan blog dapat penyakit M. Itu yg membuat blog jadi sunyi sepi.

Banyak yang nak diceritakan tapi ilham dah hilang entah ke mana. Kali ni nak kongsi gambar pergi Krabi, Thailand pada 11 March ajelah. Nanti kalau rajin datang sambung lagi.














Monday, February 13, 2017

Kerenah sibongsu

Assalamualaikum...

Melihat aksi2nya yg nakal tapi menghiburkan hilang rasa marah. Terasa rindu pulak. Mulalah bergayut kat talipon. Sempat juga bagi tazkirah kena ingatkan walaupun dia tahu dan ingat. Exam around the corner dik jgn main2 lagi. Simple aje jawabnya no worries mom in syaa Allah i give you many stars. Entahlah Anak2 zaman sekarang tak macam saya dulu2 takut sangat nak cakap main2 dengan mak.

Inilah sibongsu saya walau kita marah macamana pun dia tak pernah rasa sedih ke merajuk ke atau apa2 saja. Malah dia akan meminta2 lagi adalah.  Dia memang anak kesayangan my hubby tak pernah ditegur jauh sekali dimarah walau apa pun kesalahan yang dilakukan. Hubby kata adik dah besar dia tahu apa yang baik untuk dia. Sangat bertentangan dengan saya sebab saya tak suka hubby terlalu memanjakan dia. Walau dia anak bongsu tapi tak semestinya dia terlalu dimanjakan takut nanti dia tidak boleh berdikari. Mudah2an adik akan menjadi anak solehah berjaya didunia dan diakhirat.





Gambar semasa di Cotton Castle Pamukkale,  Turkey.



Wednesday, February 08, 2017

Over Spending.

Assalamualaikum...

Semoga semua rakan2 blogger berada dalam keadaan baik2. Agak lama tidak mengupdate blog sibuk dengan macam2 hal termasuk berulang alik ke hospital followup dan buat physio.

Tengah tengok2 instagram ternampaklah sibongsu saya punya insta. Rasa nak marah tapi bila fikirkan balik apa yang saya nak semua dia tunaikan. Setiap kali peperiksaan tidak pernah menghampakan. Result selalu excellent. Hati tetap berkata2 kenapalah nak membazir dizaman kegawatan ini. Haisss...lantaklah seberapa banyak dia nak beli makeup asalkan dia tidak berhutang. Semua perbelanjaan baba dia yang beri termasuk pemberian kakak dan abang dia.

Kalau nak ikutkan seorang pelajar tak sepatutnya berbelanja sebegitu mewah lainlah klau ayah Tan Sri ke Dato Sri. Orang yang bekerja pun belum tentu mampu membeli sebegitu banyak alat2 makeup. Katanya minat tapi biarlah berkhemah. Ini tidak bila terasa nak terus aje beli atau order. Entahlah nak marah2 sangat pun susah sudah terlalu dimanjakan.

 Barang yg sampai hari ini masih dlm envelope.

Ini hanya sebahagian tak muat nak dimasukkan dlm beg tu.




Thursday, January 05, 2017

Kisah Tahun Baru

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan2 semua? Lama saya tak mengupdate blog dah bersawang pun. Balik dari Turkey saya kurang sihat. Selepas dua minggu balik saya masuk wad selama lapan hari. Mulanya sakit kaki lepas itu BP saya melambung naik tinggi.  Apa lagi berkampunglah saya di SJMC.

Dua hari keluar wad saya ke Phnom Penh pulak berdua dengan hubby. Kononnya menyambut anniversary.  Kalau ikutkan saya tak nak pergi tapi kenangkan tiket dan hotel telah pun di booked terpaksalah pergi jugak. Alhamdulillah sepanjang disana saya ok aje.  Atas nasihat doktor saya diarahkan untuk menggunakan tongkat ketika berjalan.

Naklah kongsi berita gembira. Pukul 4 pagi tadi waktu Msia menantu sudah pun melahirkan anak kedua. Alhamdulillah dua2 sihat baby boy lagi. Bertambahlah ahli keluarga saya sekarang.

Masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua rakan2.





Wednesday, November 16, 2016

Hagia Sophia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya dan keluarga selamat kembali ke tanah air selepas bercuti ke Turkey selama dua minggu.  Apa yang boleh saya katakan amazing. Turkey adalah sebuah negara yang sangat indah dan mendamaikan.  Dimana2 ada masjid sampai Istanbul dikenali sebagai kota seribu masjid.  Ditambah pula dengan negara peninggalan Islam yang terlalu banyak sejarah.

Alhamdulillah kami semua sihat cuma kepenatan tu masih terasa. Percutian agak mencabar dari cuti2 sebelumnya. Sebanyak 6 kali turun naik kapal terbang dalam masa dua minggu. Ambik keputusan naik flight ke Cappadocia dan Pamukkale. Kalau naik bas mengambil masa 10 ke 12 jam perjalanan. Saya tak dapat nak update secara berperingkat cuma dapat buat setakat yang mampu.

Hari ini nak cerita berkenaan Hagia Sophia yang asalnya gereja ditukar ke masjid semasa al-Fateh menawan kota Konstantinopel.  Sekarang pula dijadikan muzeum sejak zaman pemerintahan Mustafa Kemal Attaturk. Tiket masuk adalah 40 lira.  Dibelakang bangunannya ada beberapa makam sultan dan ahli keluarganya. Didalamnya pula tergantung lukisan Mary,  Jesus dan diapit dengan nama Allah s.w.t dan Nabi Muhamad s.a.w. Terdapat juga nama 4 khalifah dan 2 cucunda kesayangan Rasulullah s.a.w. Kami amat kagum dengan keindahan Hagia Sofia ini. Jom kita tengok gambar di bawah...

Berlatar belakangkan Masjid Sultanahmet.  Hagia Sofia terletak di hadapan masjid ini. 








Sesuatu berlaku tanpa diduga... Hubby membeli cincin yang menyerupai cincin isteri sultan di bahagian atas Hagia Sophia dan menyarungkan ke jari saya didepan pintu masuk.  Speechless dan air mata.








Wednesday, November 09, 2016

Topkapi Palace

Assalamualaikum..

Salam dari Turkey buat semua rakan2 blogger.

Hari ini nak cerita berkenaan Topkapi Palace.  Ianya terletak dipinggir Selat Bosphorus dan tidak jauh dari Hagia Sophia. Merupakan istana dan pusat pemerintahan dizaman Uthmaniah. Bangunannya dikelilingi tembok2 besar dan didalam pula ada beberapa lagi bangunan. Terdapat taman yang luas dan pokok2 yang sudah sekian lama masih lagi ada disana.

Berbagai barangan tersimpan disini termasuk barang2 kepunyaan Rasulullah s.a w dan juga para nabi yang lain. Selain dari barang kepunyaan nabi kita Rasulullah iaitu janggut, telapak kaki, pedang, mangkuk minuman terdapat juga tongkat Nabi Musa a.s, serban Nabi Yusof a.s dan Nabi Ibrahima a.s, pedang Khalid al Walid  juga pakaian Fatimah az Zahra dan kunci2 kaabah. Bumbung dan dinding disini dihiasi dengan khaligrafi dan warna yang sungguh mengkagumkan. Disini juga ada dipamerkan  perhiasan batu2 permata yang sungguh indah.

Disebelah kanan bangunan pula ada bahagian peralatan masakkan yang didalamnya banyak periuk2 besar dan pinggan mangkuk. Mungkin pada ketika itu bangunan ini dikhaskan untuk dapur memasak.

Kalau masuk ke Topkapi Palace ini memakan masa yang agak lama sebab terlalu banyak yang harus dilawati termasklah taman2 yang indah didalamnya. Tiket dikenakan sebanyak 40 lira setiap seorang.













Friday, November 04, 2016

Barang Peninggalan Rasullullah s.a.w

Assalamualaikum...

Semalam saya melawat Topkapi salah satu tempat yang wajib dilawati jika datang ke Istanbul, Turkey.  Terus terang saya katakan kalaulah saya tahu begini indahnya tempat ini saya tidak akan ke negara lain sebelum menjejaki Turkey.  Apa yang boleh saya katakan speechles terutamanya bila masuk ke salah satu bangunan penyimpanan barang2 Rasullullah.  Mengalir air mata bila melihat dengan mata sendiri janggut, gigi, tapak kaki, pedang dan macam2 lagi barang2 kepunyaan Nabi Muhamad s.a.w. Begitu juga dengan senjata dan barang2 kepunyaan para sahabat juga nabi2 yang lain.

Bila masuk aje ke dalam bangunan ini baunya sungguh wangi. Bacaan quran secara live berkumandang disalah satu sudut bangunan.  Ya Allah saya tak dapat nak gambarkan bila melihat segala yang ada didepan mata.



Ini adalah pintu masuk ke bangunan penyimpanan barang2 nabi. Tidak dibenarkan mengambil gambar didalam bangunan.