Monday, January 30, 2012

Convoy ke Sahom, Perak

Salam...

Sebelum pergi Ipoh saya order 4 biji cheese cake dari sini. Satu untuk dibuat hantaran dan 3 biji lagi untuk dimakan. Rasanya memang sedap tak ada beza macam saya beli dulu. Dah pernah masukkan dalam n3 yang lepas.


cheese kek

Pertunangan anak buah berjalan lancar, pihak perempuan tak banyak kerenah. Kami dijamu makan tengahari, berlaukkan kari ayam, daging masak kicap, ikan pekasam, kerabu dan ulam2. Yang paling best sekali ada masak ikan patin tempoyak. Semua yang makan kata sedap tapi saya tak makan sebab tak makan ikan patin.

Selepas makan baru ada perbincangan diantara dua pihak. Serah menyerah hantaran dan sesi paling akhir sarung cincin. Lepas tu bergambar sebab zaman sekarang bertunang pun ada buat pelamin.




Hantaran dari pihak perempuan tak dapat tangkap banyak gambar sebab ada yang dah diberikan pada keluarga terdekat. Hantaran dari kami pula lupa nak ambik gambar.

Sebahagian hantaran dari pihak perempuan.


Kami makan kentucky untuk makan malam sebab semua dah keletihan. Breakfast pagi saya menyediakan nasi impit dan kuah lontong, adik dan yang lain masak pulut, makan bersama sambal tumis dan serunding daging dan ayam yang saya beli dari Terengganu, goreng cempedak, kuih bingka dan agar2.

Makan tengahari pula adik masak gulai pucuk ubi tempoyak, ikan pekasam, sambal tumis petai dan goreng telor. Selepas makan kami pun beredar balik ke rumah masing2.

Friday, January 27, 2012

JJCM

Salam....Terima kasih pada Acik Erna, suri solehah, che mid, cikmanggis, azieazah, sal, saniah, kakzakie yang tinggalkan comment kat n3 saya.

Hari ini saya nak cerita tempat makan masa saya pergi Terengganu tempohari. Nanti kalau sesiapa pergi boleh dijadikan panduan...hehehe

Selain makan nasi dan macam2 makanan dimerata restoren, ini salah satu menu breakfast kami bukan makan di hotel tapi restoren yang baru saja beroperasi. Restorennya berdekatan dengan jeti, nama dia Restoren Putera. Disebabkan kedainya baru saja dibuka kami diberi desert percuma
.

adik punya
saya
mimi
hubby
creme brulee

Kat bawah ini pula tempat makan ikan bakar tak jauh juga dari jeti . Menunya lebih kurang macam Sekincan ikan Bakar tapi sambalnya lebih sedap dan harga pun jauh lebih murah. Semua makanan di bakar hanya sotong dan udang yang ada di goreng itu pun atas permintaan pelanggan. Tak ada sayur atau menu yang berkuah.

nama restoren
udang bakar
ikan bakar
sotong goreng tepung

Yang ini pula tempat makan colek, famous kat sebelah Pantai Timur. Tempatnya sepanjang jalan pantai. Kat sini menunya semua goreng2, udang goreng, ikan goreng, sotong goreng dan keropok lekor goreng. Kena makan puas2 sebab kalau kat Kl susah dapat yang fresh dan harganya memang berpatutan.

makan mengadap laut
pilih mana nak 
udang goreng
sotong goreng

Ini pula tempat makan dah dekat nak sampai , lokasinya bersebelahan dengan Dataran Nilai. Dah lama pandang2 baru ini sempat singgah. Makanan arab tapi pengusahanya orang melayu. Menurut ibu (sempat interview) kepada yang empunya business anaknya belajar melalui seorang kawan yang berbangsa Syria. Nasinya panjang2 dan rasanya sedap tapi yang paling saya suka air asam boi, terlupa nak ambik gambar.

nama restoren
kabsa kambing
kabsa ayam

Itu cerita makan2 masa CNY, besok pula saya akan ke Ipoh untuk menghadiri majlis pertunangan anak adik.

Psssttt...baru balik makan prosperity sorang2 kat McD...kasi puas kihkihkih....

Thursday, January 26, 2012

Walimatulurus dan Holiday

Salam...apa khabar kawan2 semua, mudah2an semuanya sihat2 belaka. Tentu ramai yang dah mula berkerja tapi mungkin masih ada yang berholiday sebab sekolah masih lagi belum dibuka.

Cuti tempohari saya sekeluarga pergi ke Jerteh Terengganu untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak tuan rumah hubby masa tinggal di sana dulu. Bertolak pagi tapi petang baru sampai, jalan agak sesak. Kami menginap kat hotel  di Besut sebab anak2 nak dekat dengan laut, agak jauh juga dengan tempat kenduri. Sebelah malamnya kami ke rumah pengantin sekejap, selepas minum dan bersembang kami balik ke hotel.

 pasangan pengantin (navy dan pegawai perubatan)

Esok tengaharinya kami ke rumah pengantin sekali lagi. Kami dijamu dengan daging kawah, ayam goreng, sambal tumis ikan bilis dan beberapa jenis sayur yang direbus. Agak berbeza sedikit dari kenduri yang selalu saya hadiri dari segi menu dan cara. Tidak ada hiburan, kompang dan masa kedatangan tetamu pula tidak ditetapkan. Tak ada hulur envelope/duit sebagaimana yang biasa dilakukan (tak tahulah kalau saya tak nampak). Ada juga tetamu yang bagi hadiah tapi kebanyakkannya bawa barang dapur atau makanan.

goodies
isi dalam goodies
kotak cupcake digubah jadi burung dan dalamnya ada coklat

 Masa nak balik kami dibekalkan dengan makanan (jarang berlaku ditempat lain). Walaupun baru pertama kali saya berjumpa dengan mereka tapi terasa cukup mesra. Terima kasih pada mak dan ayah pengantin (encik Daud dan mek tak tahu nama)

orang lain hanya dapat goodies tapi saya ada ini
 
vase

 Saya bagi hadiah pada pengantin manakala mak pengantin pula bagi hadiah pada saya, kelakar kan.

Alang2 dah sampai Terengganu kami terus saja sambung holiday untuk beberapa hari. Seperti biasa kalau pergi ke sana mesti shopping kat Pasar Payang dan jalan2 kat tepi laut.

Tuesday, January 17, 2012

Pemberian dari Perth

Salam...

Inilah barang dalam parcel yang saya dapat semalam.

macam2 ada
baking book
gambar kat belakang buku
plate
mat (alas gelas)
mould (silicone cup)
 minuman

Barang2 ini pemberian dari seorang blogger yang tinggal diPerth. Ribuan terima kasih yang tak terhingga buat lg, hanya Allah yang dapat membalasnya.

p/s; Masa pergi One Utama tempohari masuk kat kedai Jepun dah terpikat pada mould tapi disebabkan ianya berbentuk insect tak jadi beli. Dalam hati berkata kalaulah ada bentuk lain dah tentu saya beli.

Allah mendengar kata hati saya. Alhamdulillah....

Monday, January 16, 2012

Suka Berganda...

Salam...

Semalam saya ke One Utama, dah agak lama tak ke sana. Banyak perubahan dari segi bangunan dan  kedai2, banyak kedai2 baru termasuk Isetan dan kedai2nya pula cantik macam kedai kat luar negara.  Bangunannya dibesarkan sampai ke tempat parking masa dulu, pintu nak masuk pun dah berubah. Dan kalau masuk ke dalam ianya bersambung dengan hotel.

Tujuan saya ke sana nak ke butik Professor nak membeli uniform pengakap adik dan juga nak ke Home Centre. Saya nak mencari blind sebab yang ada dah buruk, warna pun bukan lagi coklat tapi dah berubah jadi hitam. Sebelum ini saya membeli blind kat situ, selain barangnya elok harga pun berpatutan. Tempat Home Centre dulu telah dijadikan kedai2, puaslah mencari tak jumpa2. Dah penat masuk ke Jusco cuci mata. Sempat bertanya dengan salah seorang jurujual kat situ katanya Home Centre dah tak ada lagi dekat mall ini.

Puas jalan2 sempatlah snap satu dua kedai  orang pula terlalu ramai, kebanyakkannya bangsa cina, shopping untuk CNY. Terkilan tak dapat snap kedai candy, kedainya sama macam saya tengok gambar kedai candy masa my brother pergi New York. Tak payah pergi ke luar negara kat negara kita pun tak kurang hebat barang2 yang dijual. Ada living Laura Ashley dan kedai Jepun ( lupa pulak nama kedainya) banyak barang dia yang saya terpikat tapi harganya huhuhu....

kedai makan baba dan nyonya
nak cari capal?
Disebabkan tak ada barang yang di hajat jumpa kat One Utama kami ke Sunway Pyramid, kat sana dapat beli baju adik tapi blind tak ada yang sesuai. Mungkin kena cari kat tempat lain, ada sesiapa kawan2 yang boleh rekeman?

p/s; pagi tadi masa pergi bank jumpa kawan masjid yang dah lama tak jumpa lepas tu jumpa pulak seorang lagi kawan lama masa beli ikan. Baru minggu lepas cerita pasal dia sebab dah lama tak contact mungkin sebab masing2 dah bertukar no hp. Walaupun hanya sekejap kami dapat berborak tapi dalam tangan sudah ada no hp hehehe...happy.

Tengah saya membuat n3 ini saya dikejutkan bunyi hon, jenguk kat tingkat ada van Pos Laju, Buka pintu keluar dan sign, saya dapat envelope besar ini. Nak tahu pengirim dan  barang yang ada kat dalamnya... tunggu dilain n3.

 sengaja saya tutup alamatnya
ditujukan pada saya

Terima kasih banyak2 pada pengirimnya, tak dapat kak Zai nak balas.Thanks... :D

Saturday, January 14, 2012

Prosperity

 
gambar google

Salam...

Setiap kali datangnya CNY makanan kat atas tu jadi kegilaan, memang sangat2 dinantikan. Prosperity burger panggilan yang diberi, hanya pada musim CNY sahaja.

Tak tahu kenapa saya masih belum makan makanan 'mewah' ini. Setiap kali keluar JJCM diawal cadangan mesti nak makan benda ini tapi bertukar selera bila dah sampai. Tak macam tahun2 sebelum ini mesti makan berkali2 sebelum ianya tak lagi dijual.

Hubby dah makan, katanya kurang sedap berbanding yang dulu. Adik pula kata sosnya tak banyak macam sebelum ini. Mungkin itu yang membuatkan selera saya tak melonjak2. Tapi walau macamana pun saya mesti makan sebelum ianya berakhir.

Wednesday, January 11, 2012

Buah Tangan

Salam...

Terima kasih pada kawan2 khasnya kakzakie, che mid, Amie, suri solehah, aNIe, saniah, Kunang-Kunang, Nida, ainnorani, MulutPayau, Nieda dan Ros comment tentang orkid saya yang diragut hehehe..

*******************

Hari ini nak tunjuk barang2 yang saya dapat dari keluarga, kawan dan jiran yang pergi melancong masa cuti sekolah tempohari. Saya ucapkan terima kasih daun keladi, jangan lupa bawalah lagi ole2 untuk saya muahahaha...

Fm dari sister (Sabah), dari brother(Doha), dan Mimi(aquaria)
 dari my brother
dari my sister
dari along(anak buah)
dari kawan(Langkawi)
Dari jiran ole2 dari Medan...telekong dan baju batik.
fm...beli masa pergi B.Tinggi

Sekali lagi... terima kasih buat Ama, Khairul, Nazuha, Mimi, June dan Betty.