Thursday, December 31, 2015

Tahun Baru Muncul Lagi

Assalamualaikum...

2015 akan melabuhkan tirai dan esok kita akan menyambut tahun baru. Buat semua rakan2 blogger mahupun yang diluar sana selamat menyambut tahun baru. Harapan semoga kita semua dalam keadaan baik2 dan dapat melakukan apa saja dengan lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Minggu ini saya agak sibuk membuatkan tak dapat nak berblog walking. Sempat baca sikit2 tapi tidak meninggalkan jejak. Salah seorang rakan blogger Paridah ishak menyenaraikan blog saya sebagai penyumbang trafik blog kepunyaanya. Rasanya ini bukan pertama kali tapi apa2 pun kak Zai ucapkan banyak2 terima kasih. Blognya juga sudah berwajah baru tentunya sempena menyambut kedatangan tahun baru.

Buat semua rakan2 ingin saya memohon ampun dan maaf  jika dalam penulisan saya sebelum ini ada yang terkasar bahasa yang membuatkan hati tersinggung. Kita mulai dengan kosong kosong ditahun baru ini.

Selamat menyambut tahun baru 2016.




Wednesday, December 30, 2015

Saturday, December 26, 2015

25th December.

Assalamualaikum....


Tarikh ini saya diijab kabul dan sah menjadi seorang isteri. Syukur dan terima kasih Allah Kau memberikan seorang suami yang bertanggung jawab, penyayang dan pemurah. Punya anak2 yang sudah meningkat dewasa, rezeki dan kesihatan yang baik.

Terima kasih banyak2 buat hubby yang sudi menyempurnakan kehidupan saya dengan kasih sayang dan kelengkapan yang termampu. Harapan saya semoga kekal hidup bahagia dan dapat bersama2 sampai ke jannah. Amin amin amin ya rabbal alamim.




Thursday, December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...

Salam maulidur rasul buat semua rakan2. Bagi yang bercuti selamat bercuti dan yang nak balik kampung berhati2 bila memandu.

Selamat pagi dari montel.



Beginilah cara montel duduk comel kan..




Wednesday, December 23, 2015

Satar Alaf Baru.

Assalamualaikum...





Siapa suka makan satar?  Makanan yang terkenal diPantai Timur. Selain keropok lekor satar juga adalah diantara makanan yang saya suka. Selalunya satar dibungkus dengan daun pisang itu yang membuatkan bau dia wangi dan rasa ikannya bertambah sedap.

Sekarang orang sudah membuat pembaharuan atau pun lebih mudah. Kulit popia digunakan untuk membalut inti satar. Memang sedap itu yang boleh saya katakan. kerangupan kulit popia macam kita makan popia goreng tapi berintikan isi ikan. Orang Pantai Timur memang pandai menghasilkan makanan dengan menggunakan ikan.

Dulu saya suka beli satar diKemaman dan Tanjung Lumpur Kuantan. Selalu orang cakap tempat ini satarnya sedap dan terkenal. Mungkin ada kawan2 yang tahu ada tempat lain yang lebih sedap. Pantai Timur kan ke terkenal dengan makanan yang bersumberkan ikan.

Satar ini saya beli diKuala Besut. Kedainya ada menjual macam2 makanan frozen. Boleh juga makan dikedainya diatas permintaan nak makan apa. Memang sedaplah rasanya fresh. Terasa ikan yang dibuat intinya manis, lemak dan ada pedas2 sikit. Kalau sesiapa pergi kesana bolehlah singgah. Banyak kedai2 yang menjual disepanjang Jalan tapi menurut kenalan saya disini satarnya lebih sedap.





Friday, December 18, 2015

Pokok Ati2.

Assalamualaikum...

Tentu ramai yang tahu dan kenal dengan pokok ati2 kan. Pokok ini yang uniknya pada daun dia. Mesti ada dua warna dan warnanya pula cukup terang. Gabungan warna yang terang membuatkan pokok ati2 cantik dipandang. Menurut Sumber yang saya baca pokok ati2 boleh dijadikan ubat untuk mengubati batuk, masaalah asma, bisul, gangguan pencernaan, penyakit cacing dan radang telinga.

Sangat mudah untuk menanamnya. Hanya keratan batang dia boleh membiak dengan subur. Tanah yang digunakan elok tanah peroi. Kalau pergi nursery terutamanya Sungai Buloh banyak betul pokok ati2 yang bermacam2 warna. Kalau saya tak silap boleh dapat rm5 atau rm6 sepokok yang ditanam dalam polybag.

Saya ada enam pokok ati2, ada yang saya beli dan ada yang kawan bagi.












Thursday, December 17, 2015

R&R Rawang.

Assalamualaikum...

Setiap orang yang menggunakan highway utara selatan atau sebagainya mesti singgah dekat tempat rehat yang dipanggil R&R. Ada yang singgah untuk ke tandas, makan atau pun solat. Lagi pun kalau perjalanan jauh dah semestinya tukang bawa kereta rasa penat kan.

Masa saya ke Taiping tempohari saya simggah di R&R Rawang. Tengok jam dah pukul 12 tengahari hubby kata makan kat sini ajelah. Saya pergi berempat. Saya dan adik makan mee manakala Mimi dan hubby makan nasi. Bila dah sampai dekat meja hubby cakap macam tak logik harga yang dikenakan dengan makanan yang diambil.

Setiap lauk ada harga tertera tapi macam tak sama bila sampai dekat kaunter. Saya tanya berapa harga nasi, hubby kata RM10. Walaupun kita sedia maklum harga barang memang melambung tapi takkan sepinggan nasi putih, sepotong ikan masak kari bahagian isi, sayur bendi 2 biji dan sedikit sambal belacan harganya rm10. Bagi saya harga sepinggan nasi kalau berlaukkan sebegitu masih mahal. Sayangnya bila hubby dah habis makan baru saya teringat tak ambik gambar. Macamana dengan rakan2 semua berbaloi tak? Atau ada sesiapa yang pernah beli makanan kat tempat ini.

Inilah tempat hubby beli nasi tu.






Tuesday, December 15, 2015

Ziarah Adik.

Assalamualaikum....

Baru balik dari Taiping ziarah adik. Mulanya nak tinggal 3 hari aje cuti weekend sambung cuti Selangor tapi tambah satu hari lagi sebab Selangor menang bola.

Selalunya kalau saya datang ke rumah dia mesti riuh rendah dengan gelak ketawa. Anak dan menantunya yang cikgu diSabah pun ada. Tapi Kali ini agak berbeza selama saya berada dirumah dia tak pernah nampak gelak senyum pun tidak. Lebih banyak menyendiri dan berdiam diri.

Kalau bercakap pun dengan suara yang perlahan. Badannya kurus sangat tak macam saya jumpa dia masa anak buah kahwin bulan September tempohari. Memang banyak sangat perubahannya. Ada juga saya tanya tentang penyakitnya tapi dia mengelak tukar topik. Bila saya minta nak tengok bekas operation dia kata dah bandage lah dan banyak alasan.

Masih berulang ke hospital untuk buat physiotherapy. Menurut doktor tak boleh ponteng sebab risiko tangan boleh jadi lumpuh. Dekat rumah pun saya nampak dia buat excersice yang doktor sarankan.

Paling sedih masa nak balik saya menangis masa peluk dia dan dia peluk saya kuat2. Tidak ada air mata pun tapi bila kereta kami nak jalan dia lambai2 menangis. Rasa macam nak turun semula dari kereta. Mungkin dia tidak mahu saya sedih tapi kalah juga dengan perasaan bila saya sudah nak tinggalkan dia.

Saya berdoa agar Allah sembuhkan atau ringankan penyakitnya.




Thursday, December 10, 2015

Buah Tin.

Assalamualaikum....




Ada tak yang tahu apa yang ada didalam botol tu. Bukan kacang ya tapi buah tin. Buah ini ada diceritakan dalam al Quran buah dari syurga.  Kaya dengan serat dan pelbagai vitamin juga mineral yang memberi manafaat pada tubuh badan. Sangat elok jika diamalkan memakannya. Selain buah tin saya juga suka makan buah kurma dan kismis. Dapat pulak kismis yang besar2 memang puas makannya.

Untuk mendapatkan buah2an ini saya akan ke kedai arab Mahnaz Food yang terletak diShah Alam. Kedai Arab ini pernah saya masukkan dalam N3. Banyak barang yang datang dari Timur tengah ada jual disini.

Sesiapa yang berminat bolehlah datang sebab harga disini murah dan kalau beli dalam quantity yang banyak jauh lebih murah dari tempat lain.




Wednesday, December 09, 2015

Fresh from the sea and kuali

Assalamualaikum...

Minggu ini saya ke Terengganu. Masa nak balik ikut jalan tepi pantai.


Singgah sini. Ada udang, ada sotong, ada ikan yang dipanggil Colek.




SubhanAllah nikmatnya. Fresh from the sea and the kuali hehehe..........





Saturday, December 05, 2015

Shopping Sakan....

Assalamualaikum..

Tetamu saya sudah pun balik terasa sunyilah pulak. Sama2 masak, jalan2, shopping dan makan2 kat luar. Kali ini dia datang memang nak shopping habis maklumlah hujung tahun banyak sangat yang on sale.

Memborong ke IKEA memang puas dia kali ini. Selalu kalau datang nak cepat balik sebab nak pergi ke tempat lain. Tapi kali ini seharian kami disini. Dapatlah dia memilih apa yang dihajat. Lepas habis membeli naik ke tingkat atas semula untuk makan2. Saya beli karipap IKEA yang super duper sedap untuk dimakan bersama. Ada meet ball, ayam goreng, kek badam, French fries, sup mushroom, garlic bread, salad dan entah apa2 lagi yang diorder saya pun tak ingat. Memang makan sungguh sebab lepas tu terus balik rumah.

Hari berikutnya bawa pulak ke Sogo sekali lagi dia memborong sampai bantal pun 4 biji dibelinya, handbag 5 buah, t- shirt tak tahu berapa helai, baju untuk cucu dia dan entah apa lagi saya cuma tolong bawa barang2nya yang entah berapa plastikbag. Nasib baik tak diangkutnya Sogo balik sekali. Katanya dia memang menyimpan untuk shopping hujung tahun sebab harga barang memang jauh lebih murah kalau dibandingkan masa lain.

Bila dah balik rumah dikumpulkan barang yang sudah dibeli penuh satu sudut rumah saya. Saya lawakkan dia ada ke lagi yang tertinggal... selamba dia jawab...lagi 2 buah katil dan 4 buah almari yang hendak disambarnya diIKEA. Dalam perkiraan saya memang beribu dia berbelanja. Cash money tak main credit card. Dalam kegawatan ekonomi masih ada lagi yang punya wang yang banyak untuk berbelanja. Saya nak ambik gambar barang2 yang dibelinya tapi dia melarang takut dianggap menunjuk2 pulak.

Saya?....terpaksa tangguhkan perancangan holiday hujung tahun bawa ke tahun hadapan. Perancangan selepas ke Bali bulan march tempohari kami ada merancang holiday lagi pada hujung tahun tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab2 mata wang jatuh. Kalau pergi berdua boleh diteruskan tapi sudah berjanji dengan Mimi dan adik nak bawa sekali. In syaa Allah.
Sebaik2 perancang adalah Allah yang Maha ESA.