Thursday, August 11, 2016

Siksanya untuk mendapatkan passport

Assalamualaikum....

Luahan rasa terhadap orang2 yang berkaitan....

Sekarang punyalah susahnya nak buat passport. Bila sampai kat counter number sudah habis. Agaknya pukul berapa yang tak habis. Bila ditanya jawapan dari counter datang pukul 6 atau pukul 7 pagi. Ada juga yang saya dengar datang pukul 5 pagi. Siapa sanggup silalah hadapi tapi kalau sudah terpaksa kenalah buat juga. Bayangkan semata2 nak renew passport. Kalau lewat sedikit jawabnya sampai ke petang menunggu atau silap haribulan disuruhnya datang esok.

Sekarang ini sebagaimana saya diberitahu hanya 100 number sahaja yang dikeluarkan dalam sehari itu pun di UTC Pudu Central. Kalau ditempat lain cuma 50 number sahaja. Cuba bayangkan berapa orang yang menanti sedangkan sebelum ini disatu tempat beratus number yang dikeluarkan dalam sehari.

Kalau bolehlah dipostpone tiket yang sudah dibeli nak aje saya lakukan. Percutian kami bergantung pada cuti anak bongsu yg masih belajar. Bila cuti panjang baru boleh berjalan ke luar negara mengikut cuti tempat dia belajar.

Saya nak tanya kawan2 ini soalan cepumas ya...Klau orang2 atau anak2 atau ahli keluarga VVIP nak tak diaorg kejar pejabat sana sini lepas tahu number sudah habis. Lepas tu kalau tak ada jugak suruh datang ke esokkan harinya pulak.

Rasanya ini kali kedua saya menyentuh tentang membuat atau memperbaharui passport. Mengapa tidak ada solution yang diambil dengan segera supaya tidak berlaku perkara sebegini. Sepatutnya sebelum masalah timbul sudah ada persedian yg dilakukan. Tentu ramai aje pegawai2 tinggi yang bijaksana dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Atau cuma rakyat biasa2 aje yang mengalaminya yang tidak perlu diselesaikan.

Hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri. Kalau tanya saya jawapannya lebih galakkan anak2 berhijrah.




7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Inilah dia senario biasa Malaysia negaraku tercinta KakZai
Senyum dalam tangis bila ada isu-isu macam ini - kata makin canggih tapi dah lebih 50 tahun merdeka bagaikan baru bertatih pula..

paridah said...

HMM NK RENEW PASPORT PUN PERLU AMBIL MASA YG PANJANG YA SUKAR JUGA TU...NTAHLAH KALAU ADA BEZA LAYANAN ANTARA RAKYAT MARHAEN N YG VIP...TAPI BIASANYA GTULAH HEH..HEH..

Cahaya said...

imigresen nak buat renewal passport online lepas ni... bila nak publish saya tak pasti... tapi saya rasa kalau dapat renew online memang terbaik. tak payah nak beratur panjang. mungkin datang imigresen utk pick up sahaja. kalau dapat pos lagi bagus. atau bukak self service kiosk. kalau driver licence dan car licence n road tax boleh online, rasanya tak ada masalah imigesen nak apply system yang sama. saya pun nak renew passport ni. nak tunggu 22 ogos. sebab hampir semua kaunter kerajaan bukak kaunter khas utk wanita. sepena minggu wanita sehingga 30hb. tapi rasanya ramai jugak wanita-wanita nanti... ;0

hainom OKje said...

Ye ke jadi gitu Kak Zai? Mmg gitu ke selalunya Kak Zai. Maklumlah... saya ni tak de pasport lagi kak Zai...

Mmg kesianlah org yg kena dtg esoknya tu kan.... Lama sangat ke prosesnya sampai dihadkan no mcm tu

NEKCIK said...

Semwkin hari semskin tak betah tengok keadaan sekeliling..bukan nak memuji negara lain melangit...tapi first impression tu yang very important..lrt naik harga..tapi jalannya merangkak..5 train bsru dpt naik waktu peak hours..dan bnyak lagi lah Zai

Nieda ramly said...

nak terbang tengok cucu ke kak zai...seronoknya dapat terbang lagi.

Mummydearie said...

Kak, kalau ada connection dengan orang dalam, tak payahlah beratur seawal pagi! Call aje bila nak datang. Nanti dia bawa kita masuk dan uruskan semuanya!

Kalau tidak, memang sampai bengkak-bengkak kakilah kak kena beratur!

Mungkin ke nombor giliran dikurangkan dek kerana kisah kekurangan passport tu, kak?